Peluru Berpandu “Maritime Strike Tomahawk” Lengkapi Kapal Selam AS

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam usaha untuk menangani ancaman tentera laut China di Asia Pasifik termasuk Laut China Selatan, Amerika Syarikat merancang untuk melengkapkan kapal-kapal selamnya dengan peluru berpandu kruis anti-kapal.

Ketua Angkatan Kapal Selam Amerika Syarikat, Timbalan Laksamana Daryl Caudle berkata, kapal-kapal selam negara itu akan dilengkapkan dengan peluru-peluru berpandu anti kapal yang boleh membedil sasaran lebih jauh.

Di antara peluru berpandu itu termasuklah peluru berpandu yang dipanggil “Maritime Strike Tomahawk” yang memiliki kemampuan untuk memusnahkan sasaran daripada jarak sejauh 1,000 batu.

Selain Maritime Strike Tomahawk, tentera laut Amerika Syarikat juga mengerahkan peluru berpandu anti kapal sedia ada, Harpoon. Bagaimanapun admin percaya jika peperangan berlaku, semua jenis peluru berpandu akan digunakan oleh Amerika Syarikat.

Tentera Laut Amerika Syarikat menjangkakan peluru berpandu Maritime Strike Tomahawk akan mula beroperasi pada 2023.

Peluru berpandu versi terbaharu Tomahawk itu mampu mengenai sasaran yang sedang bergerak.

Pemimpin-pemimpin tentera laut Amerika Syarikat sering menyatakan bahawa angkatan kapal selamnya adalah senjata yang amat berkesan untuk melumpuhkan kapal-kapal perang China.

Keberkesanan peluru-peluru berpandu seperti Maritim Strike Tomahawk serta Harpoon dan peluru berpandu Hypersonic amat penting dikalangan bilangan keseluruhan kapal selam Amerika berkurangan daripada 50 buah kepada 42 buah menjelang akhir 2020-an.

Terdapat pendapat mengatakan bahawa usaha menangani China perlu bermula dengan usaha melumpuhkan tentera laut China dan pandangan ini nampaknya dipersetujui oleh tentera darat, laut dan udara Amerika Syarikat.

Sejak kebelakangan  ini, tentera darat, laut dan udara Amerika Syarikat telah meningkatkan kemampuan peluru-peluru berpandu anti-kapal mereka.

Peluru berpandu Tomahawk menghentam sebuah treler. (foto internet)

Michele Flournoy yang dipercayai bakal dilantik sebagai setiausaha pertahanan Amerika Syarikat dipetik dalam majalah The Foreign Affairs berkata, Amerika Syarikat mesti berkemampuan untuk menenggelamkan semua kapal perang, kapal selam dan kapal dagang China di Laut China Selatan di dalam tempoh 72 jam.

Dalam 72 jam, semua kapal milik China musnah….

Armada kapal perang China di Laut China Selatan. (foto internet)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Amerika SyarikatMaritime Strike TomahawkPeluru berpandu
Comments (0)
Add Comment