“Densus 88” Tangkap Tujuh Saspek Pengganas Di Indonesia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Unit anti-keganasan Indonesia, “Detasmen Khusus 88 Anti Terror” atau nama singkatannya, “Densus 88” telah mengumumkan penangkapan tujuh saspek anggota kumpulan pengganas di negara itu.

Anggota Densus 88 yang lengkap bersenjata menangkap kesemua saspek itu merupakan anggota kepada kumpulan pengganas,  Jemaah Islamiyah (JI) dan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang bersekutu dengan kumpulan-kumpulan pengganas antarabangsa.

Kumpulan JI bersekutu dengan Al-Qaeda yang ditubuhkan oleh Osama bin Laden, manakala kumpulan JAD pula bersekutu dengan Islamic State (Daesh) yang diasaskan oleh Abu Bakar al-Baghdadi.

Densus 88 merupakan unit anti keganasan utama Indonesia. (foto internet)

Menurut jurucakap polis, anggota Densus 88 menahan lima anggota kumpulan JI di beberapa lokasi di Banten dan daerah Lampung dalam beberapa operasi bermula pada Jumaat hingga Ahad lepas.

Selain Densus, Polis Indonesia juga memiliki satu lagi unit anti keganasan dinamakan “Gegana” yang tergabung di dalam Briged Mobil (Brimob).

Unit Gegana adalah pasukan anti-keganasan Polis Indonesia. (foto internet)

Salah seorang yang ditangkap adalah antara ketua kumpulan itu dikenali dengan nama “Ahmad Zaini” di Banten.

Manakala empat yang lain telah ditangkap di Lampung, menurut jurucakap polis Indonesia Brig Jen Awi Setiyono.

Menurut polis Indonesia, kumpulan pengganas JI bertanggungjawab melakukan beberapa siri serangan pengganas di negara itu bermula daripada tahun 2000.

Antara serangan kumpulan itu termasuklah dua serangan bom di pulau peranginan Bali pada 2002 dan 2005 yang mengorbankan 225 orang termasuk pelancong asing dan serangan terhadap kedutaan Australia yang mengorbankan sembilan orang pada 2004.

Densus 88. (foto internet)
Unit Gegana membawa saspek pengganas. (foto internet)

Sementara itu pada Jumaat lepas, anggota Densus 88 menahan  dua anggota kumpulan pengganas, JAD di Payakumboh, Sumatera Barat dan di Batam, bersempadan dengan Singapura.

Kedua-dua yang ditahan itu menggunaan nama samara, “Abu Singgalang dan Abu al-Fatih”.

Sejak Jun lepas, polis Indonesia telah menangkap lebih daripada 80 orang anggota JI dan JAD di beberapa lokasi di negara itu.

Anggota Densus 88 ketika dalam satu latihan anti keganasan baru-baru ini. (foto internet)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Densus 88IndonesiaJamaad Ansharut DaulahJemaah IslamiyahKeganasan