Sistem Pemantauan Pasif “Vera-E”, “Sees Without Being Seen”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam kita berbicara tentang kemampuan sistem peperangan elektronik (EW) Russia iaitu “Murmansk-BN”, dan hari ini admin terfikir tentang kemampuan negara kita pula di di dalam bidang tersebut.

Negara kita juga hebat juga di dalam bidang EW/Passive Surveillance System dan menerusi maklumat open source, Malaysia dikatakan turut memiliki peralatan yang berkemampuan di dalam peperangan itu.

Sejak tahun 2009 lagi, memang sudah kedengaran cakap-cakap dikalangan pemerhati ketenteraan dalam dan luar negara tentang pemilikan sistem Vera-E passive surveillance system oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Vera-E, adalah suatu sistem yang popular di kalangan angkatan tentera seluruh dunia kerana kemampuan pengesanan sasaran milik musuh dan Malaysia dikatakan telah memilikinya seawal 2007.

Kemampuannya ditakrifkan seperti “Sees Without Being Seen” (Melihat Tanpa Dilihat).

Antara brosur yang didapati sempena pameran DSA 2010. (sumber internet)

Hopefully, versi Vera-E yang kita miliki pun sudah lebih canggih daripada versi pada 2007 yang kita miliki, mungkin kita miliki versi Vera-NG (New Generation) yang dibangunkan bersama kepakaran Jerman. Who knows?

Walaupun begitu, pemilikan sistem itu tidak pernah disahkan mahupun dinafikan oleh ATM kerana ia adalah aset strategik negara.

Bidang Electronic Warfare (EW) bagi sesebuah angkatan tentera adalah sesuatu yang penuh kerahsiaan.

Di dalam ATM, kita ada Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK) yang bertanggungjawab di dalam “peperangan” di dalam bidang itu.

Ya, peminat dan pemerhati ketenteraan tempatan sudah melihat gambar-gambar di media sosial  menunjukkan anggota tentera kita dengan sistem Vera-E. (admin tidak akan reproduce gambar itu kerana bimbang pemiliknya marah).

Ok, apa yang kita tahu tentang Vera-E yang dibuat oleh syarikat bernama ERA Inc yang berpengkalan di Pardubice, Republik Czech (kini sebahagian daripada anggota kumpulan syarikat Omnipol).

Sistem Vera-E ini adalah bersempena dengan nama Kol (Bersara) Vera Perlingerova yang bertanggungjawab meluaskan penggunaan sistem pemantauan pasif di dalam angkatan tentera Czech ketika perkhidmatannya.

Sistem Pemantauan Pasif “Vera-E” ini berfungsi atas prinsip TDOA (Time Difference of Arrival) untuk mengesan dan mengenalpasti sasaran darat, udara dan laut secara pasif menerusi “on-board emitters” yang dihasilkan oleh sasaran itu.

Emitters zaman moden ini boleh datang daripada radar, datalink, jammers, navigation dan identification, seperti IFF, SSR, VOR/DME, Tacan, JTIDS/Link-16.

Sasaran itu sebenarnya tidak tahu bahawa mereka sedang dipantau atau sedang “ditracking” oleh Vera-E.

Untuk mengelak pesawat, UAV atau kapal dikesan oleh sistem Vera-E, mereka kena tutup semua sistem dan terbang atau belayar dengan “buta, bisu dan pekak”.

Jarak operasi Vera-E pula adalah sejauh 450km hingga 500km.

Sistem Vera-E ini sebenarnya hanya “receivers” yang tidak menghasilkan sebarang tenaga elektromagnetik, sekaligus menyukarkan pihak musuh untuk memusnahkannya menggunakan peluru berpandu anti-radiasi.

Vera-E juga berkemampuan untuk melakukan pemantauan rentas sempadan secara jangka panjang tanpa dikesan oleh negara-negara jiran, selain mengumpul maklumat dan analisis perisikan elektronik (electronic intelligence) secara jangka panjang.

Sebenarnya banyak lagi kemampuannya…

Receiver untuk sistem Vera-E

Namun sistem pemantauan pasif ini adalah lebih baik bagi radar biasa yang menggunakan pancaran microwave.

Selain Malaysia yang dikata negara pengguna Vera-E, Estonia, Pakistan dan Amerika Syarikat juga didakwa mengoperasikan sistem itu.

Indonesia dan Vietnam juga menurut laporan media juga menggunakan sistem Vera-E ini.

Vietnam didakwa mengerahkan sistem Vera-E NG untuk mengesan pesawat generasi ke-lima China, J-20.

Pada 2004, laporan media mengatakan Omnipol memperolehi lesen untuk menjual enam sistem Vera-E ke China, tetapi rancangan menjualnya ke negara Komuns itu gagal selepas dibantah oleh Amerika Syarikat.

Washington pun tahu sistem ini memang berkemampuan, sebab itu ia tidak mahu jatuh ke tangan China.

Sistem Vera-E

Vera-E ini dikatakan adalah sistem yang dinaiktaraf daripada satu lagi sistem pemantauan pasif  ciptaanRepublik Czech dikenali dengan nama “Tamara.”

“Tamara” inilah yang dikatakan bertanggungjawab mengesan pesawat stealth Amerika Syarikat, F-117 “Nighthawk” dan membolehkannya ditembak jatuh di ruang udara Serbia ketika perang di antara NATO dan Serbia pada 1999.

Ia adalah kejayaan pertama penembakan jatuh sebuah pesawat yang digembar-gemburkan sebagai halimunan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

ATMCzechElectronic WarfareKOMLEKMalaysiaVera-E
Comments (0)
Add Comment