Kapal Perang Amerika Kehilangan Sebuah F/A-18E Super Hornet Ketika Cuba Elak Peluru Berpandu Houthi
Tentera Laut Amerika Syarikat kehilangan sebuah pesawat pejuang F/A-18 E/F Super Hornet miliknya selepas ia terjatuh daripada kapal pengangkut pesawat USS Harry S.Truman ketika ia cuba mengelak daripada terkena bedilan peluru berpandu kumpulan bersenjata Houthi.