Selepas 75 Tahun, Jepun Kembali Miliki Kapal Pengangkut Pesawat
75 tahun selepas kekalahannya pada Perang Dunia Kedua, Jepun kini secara rasmi kembali memiliki kapal pengangkut pesawat apabila kerja-kerja pengubahsuaian kapal Landing Helicopter Dock (LHD) miliknya “JS Izumo” kepada kapal pengangkut pesawat mini berjalan dengan lancar dan bakal siap tidak lama lagi.