Browsing yearly archive

2021

Kenderaan “Special Operation Vehicle” (SOV) Dari MILDEF

DEFENCE SECURITY ASIA) – Selain kenderaan bermobiliti tinggi “HMAV4x4”, syarikat tempatan MILDEF International Technologies (MILDEF) turut menghasilkan beberapa kenderaan lain untuk kegunaan angkatan tentera atau pasukan-pasukan keselamatan yang lain. Antara yang menarik perhatian admin adalah “Special Operation Vehicle” (SOV) untuk kegunaan pasukan-pasukan khas. Dan kenderaan SOV MILDEF ini ketika syarikat masih dikenali dengan nama lamanya, […]

Jepun Cadang Belanja RM19.2 Billion Untuk Bina Dua Buah Kapal Pertahanan Udara

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Jepun bercadang untuk membelanjakan US$4.8 bilion (RM19.2 bilion) untuk membina dua buah kapal perang destroyer khusus untuk fungsi-fungsi pertahanan udara (anti-air warfare) terutamanya dalam menangani serangan peluru berpandu daripada Korea Utara. Kedua-dua kapal destroyer yang dikatakan bakal dibina oleh syarikat Mitsubishi Heavy Industries akan diletakkan di perairan antara Jepun dan Korea Utara […]

NGO Bantah Tindakan Polis Tembak Mati 4 Lelaki Dipercayai Penjenayah Di Johor Semalam

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam Polis Johor menembak mati empat lelaki dipercayai penjenayah warga asing selepas insiden berbalas-tembak dan pergelutan yang turut menyebabkan seorang anggota cedera – dan  hari ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mengkritik tindakan polis itu. NGO itu menggelar diri mereka “Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan” (EDICT) atau “Eliminating Death […]

Pesawat Pejuang Tentera Udara Singapura Dikerah Untuk Tangani “Ancaman Udara”

(DEEFENCE SECURITY ASIA) – Singapura mengerahkan (scramble) pesawat-pesawat pejuangnya pagi tadi untuk memintas “kemungkinan ancaman udara” (potential air threat) terhadap penduduk negara pulau di selatan tanahair itu. Kementerian Pertahanan Singapura tidak mendedahkan apa yang dikatakan sebagai “ancaman udara” itu. “Mungkin ada di kalangan anda mendengar kami terbang padi tadi. Pesawat-pesawat pejuang kami dikerah sebagai respons […]

Pasukan Khas Polis Filipina Pilih Kenderaan “AMIR 4×4 MRAP” Dari Israel

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa bulan lepas, pasukan polis negara jiran kita iaitu Filipina telah pun mula menerima sebahagian daripada 16 buah kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) dipanggil “AMIR 4×4” untuk kegunaan pasukan khas polis mereka. Kenderaan AMIR 4×4 MRAP itu dibangunkan oleh syarikat Israel, GAIA Automotive Industries Ltd. Untuk membolehkan kenderaan ini dibekalkan […]

[VIDEO] Pakistan Uji Peluru Berpandu “HATF-7 Babur” Mampu Bawa Peledak Nuklear

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Pakistan telah melancarkan ujian pelancaran peluru berpandu kruis “HATF-7 Babur” yang direkabentuk untuk membedil sasaran darat dan laut dari jarak sejauh 450-700 kilometer. Tentera Pakistan memperkenalkan peluru berpandu “Babur” pada 2005.   Dalam satu kenyataan, tentera Pakistan menyatakan peluru berpandu kruis itu dilancarkan daripada “Multi Tube Missile Launch System.” Ia […]

[VIDEO] Ujian Getir Tim Penilai ATM Menanti Kenderaan “MILDEF HMAV4x4”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam syarikat 100 peratus milik Bumiputera, MILDEF International Technologies (MILDEF) telah menampilkan kenderaan High Mobility Armoured Vehicle 4X4 atau “HMAV4x4” yang nampaknya telah menggembirakan banyak pihak. (termasuk admin) Ini kerana HMAV4x4 itu adalah rekaan tempatan dengan peratusan local component yang tinggi pada tahap 70 peratus.   Kemunculan HMAV4x4 semalam kata omputih […]

Polis Johor Tembak Mati Empat Penjenayah Warga Asing

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat lelaki dipercayai warga asing mati selepas terlibat dalam kejadian pergelutan dan berbalas tembak dengan pihak polis di Jalan Pagoh-Parit Sulong kira-kira pukul 3.15 pagi tadi. Dalam kejadian itu, seorang anggota polis turut cedera dibahagian tangan akibat ditikam kerambit. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, sebelum berlakunya kejadian itu […]

Kereta Kebal Pendekar PT-91M Dalam Latihan “Fording Snorkelling”

DEFENCE SECURITY ASIA) — Seramai dua pegawai dan 15 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD) terlibat dalam Latihan Fording Snorkeling Kereta Kebal Pendekar PT-91M di Track Washing Pit bermula pada 10 hingga 11 Feb 2021. Latihan ini telah dikelola oleh Pemimpin Skuadron Charlie serta melibatkan tiga buah Kereta Kebal […]

20 Rakyat Israel Ditangkap Kerana Bangunkan Peluru Berpandu Untuk Sebuah “Negara Asia”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak berkuasa Israel menangkap 20 rakyatnya sendiri kerana dipercayai terlibat dalam membangunkan, membina dan menjual peluru berpandu kepada sebuah “negara Asia” yang tidak dinamakan. Penangkapan terhadap 20 rakyat Israel itu dilakukan oleh agensi keselamatan dalam negerinya yang dikenali dengan nama “Shin Bet” dan Polis Israel. Kesemua 20 orang rakyat negara Yahudi […]