Browsing yearly archive

2021

[VIDEO] Syarikat UAE, HALCON Bangunkan Peluru Berpandu Anti-Kapal “HAS-250”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah syarikat pertahanan berpengkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), HALCON, telah menampilkan peluru berpandu anti-kapal keluarannya yang dinamakan sebagai “HAS-250.” Peluru berpandu anti-kapal yang direkabentuk dan dibangunkan di UAE, berkemampuan membedil sasaran sejauh 250km pada kelajuan 0.8 Mach. Dalam fasa penerbangannya, peluru berpandu itu yang menggunakan enjin HS-350 Turbojet hanya akan […]

Kapal Penyelidik Turki Jadi Mangsa “Provokasi” 4 Pesawat F-16 Tentera Greek

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat buah pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Greek melakukan tindakan provokasi terhadap sebuah kapal penyelidikan Turki yang sedang menjalankan kerja-kerja hidrografi dan survey di laut utara Aegean. Kapal penyelidikan Turki itu dikenali dengan nama “TCG Cesme”. Menurut sumber di dalam Kementerian Pertahanan Turki yang dipetik oleh portal berita Daily Sabah berkata, […]

[VIDEO] Kenderaan “HMAV4x4” Keluaran MILDEF Boleh Pikul Pelbagai Peranan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kenderaan “High Mobility Armoured Vehicle” (HMAV 4×4) keluaran syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd boleh memainkan pelbagai peranan (varian) mengikut apa yang dikehendaki oleh pelanggannya. Peranan atau fungsi kenderaan tempur keluaran tempatan itu bergantung kepada kehendak pelanggannya, sama ada ia mahu dijadikan Armoured Personnel Carrier (APC),  Armoured Fighting Vehicle (AFV), […]

Ukraine Tangkap Perisik Russia Cuba Curi Rahsia Kereta Kebal “T-84 Oplot”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi perisikan Ukraine yang dikenali dengan akronim “SBU” (Security Service of Ukraine)  dikatakan telah mengagalkan cubaan daripada perisik-perisik Russia untuk mencuri rahsia tentang pembangunan kereta kebal T-84 Oplot negara itu. Agensi perisikan Ukraine itu berjaya menahan seorang perisik “GRU” (Main Directorate of the General Staff of the Armed Forces) Russia di […]

China Sedang Bina “Pangkalan Tentera Yang Lengkap” Di Laut China Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar-gambar satelit terbaru menunjukkan China sedang membina “pangkalan tentera yang lengkap” di salah sebuah pulau buatan manusia yang didudukinya secara haram di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan. Imej satelit yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat software, Simularity menunjukkan pembinaan beberapa buah infrastruktur untuk menempatkan radar, antenna komunikasi di pulau buatan manusia […]

[VIDEO] Panglima Tentera Darat Pandu Uji “All Terrain Vehicle”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri  Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Aset Op BENTENG kepada Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat bertempat di Padang Motor Cross, Serikin, Sarawak hari ini. Majlis tersebut melibatkan penyerahan aset bagi pelaksanaan Op BENTENG melibatkan All Terrain Vehicle (ATV), Trak 1 Tan GS […]

Airbus SE Sahkan Penyertaannya Dalam Tender Bekal MPA Pada TUDM

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Konglomerat pengeluar pesawat Eropah, Airbus SE mengesahkan penyertaannya dalam tender Pesawat Peronda Maritim (MPA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan menawarkan pesawat C295MPA. Ketua Pertahanan dan Angkasa Airbus, Asia Tenggara Johan Pelissier berkata pesawat C295MPA adalah pilihan yang tepat yang memenuhi keperluan MPA TUDM. Pesawat keluaran Airbus itu adalah satu-satunya MPA dalam kategorinya yang masih […]

UAE Pesan 2 Buah Lagi Pesawat Pengintip “GlobalEye”, Keseluruhan Miliki 5 Buah

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Emiriah Arab Bersatu (UAE) memesan dua lagi buah pesawat pengintip “GlobalEye” daripada syarikat pembuatnya, Saab daripada Sweden, menjadikan bilangan keseluruhan pesawat pengintip itu yang dioperasi oleh UAE sebanyak lima buah. UAE dijangka membelanjakan kira-kira US$1 billion untuk mendapatkan dua buah lagi pesawat pengintip “GlobalEye” Airborne Early Warning and Control (AEW&C) daripada […]

“Misi Jeanne D’Arc 2021” Tentera Laut Perancis Ke Laut China Selatan

DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 18 Februari yang lalu, “Amphibious Ready Group” (ARG) Tentera Laut Perancis memulakan pelayaran daripada Toulon ke kawasan Indo-Pasifik termasuk Laut China Selatan bagi “Misi Jeanne D’Arc 2021”. Amphibious Ready Group (ARG) Tentera Laut Perancis itu terdiri daripada kapal, Landing Helicopter Dock (LHD) kelas-Mistral “Tonnerre” dan kapal friget kelas La-Fayette “Surcouf” […]