Browsing monthly archive

Disember 2020

Polis Filipina Peroleh Pelbagai Senjata, Alat Risikan Buatan Israel

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Polis Filipina telah menandatangani perjanjian untuk memperolehi senjata dan pelbagai peralatan keselamatan lain daripada Israel yang dianggarkan bernilai US$31 juta. Perjanjian itu adalah di antara kerajaan dengan kerajaan yang membolehkan Manila melakukan penjimatan. Ketua Polis Filipina Debold Sinas berkata, pembelian itu dilakukan dibawah Foreign Defense Assistance and Defense Export Organization, Sibat, […]

Akhirnya Terbukti Rakyat Indon Sendiri Pelakunya, “Malu Dong”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhirnya kebenaran terserlah juga …… kerana suspek utama yang menyunting lirik lagu kebangsaan Indonesia sebagaimana tular di media sosial baru-baru adalah warga republik itu sendiri. Ia didedahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada agensi berita Bernama hari ini yang berkata, tindakan warga Indonesia itu dilakukan di […]

China Lakukan “Latihan” Tentera Selepas Penerbangan Provokatif B-1B Lancer

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China dikatakan mengerah tentera lautnya mengadakan “latihan” di empat lokasi berasingan di Laut China Selat sebagai reaksi balas terhadap penerbangan “provokatif” pesawat-pesawat pengebom strategik Amerika Syarikat. Menurut notis-notis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa maritim China, “latihan-latihan tentera” itu akan bermula daripada 29 Dis lepas hingga 7 Jan tahun depan. Beijing mengerahkan […]

China Jalankan Kerja-Kerja Perisikan Dasar Laut di Perairan Indonesia

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 20 Disember lepas, seorang nelayan di Indonesia dikenali dengan nama “Saeruddin” telah menemui drone bawah permukaan air atau “underwater unmanned vehicle” (UUV) dipercayai milik China. Penemuan UUV itu mungkin menjelaskan kemungkinan aktiviti yang sedang dijalankan oleh pihak China di kawasan bawah permukaan air Indonesia yang juga terletak di laluan perkapalan […]

[VIDEO] Amerika Jual Bom Pintar Kepada Arab Saudi Bernilai US$290 Bln (RM1.12 Trillion)

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan peluru-peluru pintar (precision guided munitions) bernilai US$290 bilion (RM1.12 trillion) kepada sekutu utama mereka di Timur Tengah iaitu Arab Saudi. Keputusan yang diumumkan oleh Pentagon itu bertujuan memperkuatkan lagi kemampuan angkatan tentera Arab Saudi terutama pesawat pejuang utama tentera udaranya F-15 dalam membedil sasaran […]

Thailand Terima Peluru Berpandu Anti Kereta Kebal “Spike MR” Buatan Israel

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Thailand telah mula menerima peluru berpandu anti kereta kebal jenis “Spike MR” serta sistem pelancarnya buatan syarikat pertahanan Israel, Rafael Advanced Defense Systems. Thailand menandatangani perjanjian untuk memperolehi sistem peluru berpandu buatan Israel itu pada awal tahun ini. Perolehan peluru berpandu anti kereta kebal Spike MR (Medium Range) oleh […]

Serangan Siber Berterusan Terhadap Rangkaian Maklumat MINDEF, ATM – PAT

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Terdapat percubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Panglimanya Tan Sri Affendi Buang dalam satu kenyataan hari ini berkata, ATM menyedari cubaan serangan siber itu terhadapnya dan telah mengambil tindakan untuk melindungi rangkaian datanya daripada digodam oleh pihak terbabit. Affendi […]

[VIDEO] Konflik Amerika-Iran Meletus 3 Januari 2021?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini terdapat peningkatan mendadak aktiviti pesawat-pesawat tentera Amerika Syarikat di ruang udara Iraq susulan serangan puluhan roket terhadap bangunan kedutaan Amerika di Zon Hijau, Baghdad minggu lepas. Puluhan pesawat-pesawat milik tentera udara Amerika terutamanya pesawat-pesawat Intelligence, Surveillance and Recon (ISR) seperti “RC-135W Rivet Joint”, Air-to Air-Refuelling (AAR) dan F-15 […]

[VIDEO] Indonesia Juga Perlu Tegas Tindakan Hina Malaysia Oleh Rakyatnya

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seorang individu tidak bertanggungjawab telah memuat naik video di ruang komentar di laman YouTube My Asean minggu lepas yang memaparkan lagu kebangsaan Indonesia, ‘Indonesia Raya’ yang telah disunting bagi tujuan menghina negara itu. Bagaimanapun video itu telah dipadamkan, namun ia sempat dimuat naik ke pelbagai aplikasi lain dan ditularkan di platform […]

Jaket Kalis Peluru, Anti-Tikam Bagi Anggota Kereta Peronda PDRM

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Anggota kereta peronda polis (MPV) seluruh negara kini dibekalkan dengan jaket keselamatan baharu iaitu ‘Reflective Bullet Proof Vest Level II With Anti Stab’ bagi mengelakkan sebarang ancaman dan risiko kecederaan ketika bertugas. Dipetik oleh agensi berita Bernama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim berkata untuk fasa […]