The news is by your side.

[Video] Menteri Pertahanan Nagorno Terbunuh Dalam Serangan Dron Azerbaijan

1

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera Nagorno Karabakh (dipanggil Republik Artsakh) Lt Jen Jalal Hartuyunyan didakwa terbunuh dalam satu serangan dron oleh pihak tentera Azerbaijan semalam.

Jalal memimpin pasukan tentera Nagorno Karabakh yang hampir kesemuanya adalah berbangsa Armenia.

Pihak Armenia dan Nagorno Karabakh menafikan Jalal terbunuh dalam serangan dron itu, bagaimanapun mengesahkan sememangnya Menteri Pertahanan mereka itu mengalami kecederaaan yang parah.

Dakwaan bahawa Jalal terbunuh dalam serangan dron itu datang daripada pihak Azerbaijan.

Rakaman video serangan dron yang didakwa membunuh Lt Jen Jalal Hartuyunyan. (sumber Twitter)

Walaupun begitu video kejadian serangan dron terhadap Menteri Pertahanan Nagorno Karabakh itu telah pun dibocorkan oleh pihak Azerbaijan.

Melihatkan kepada serangan itu, dakwaan bahawa Jalal itu terbunuh berkemungkinan ada kebenarnya.

Admin ada sertakan video itu, semua boleh nilaikan.

Jalal
Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera Republik Artsakh Lt Jen Jalal Anatolil Hartuyunyan. (sumber internet)

Usaha untuk mendapatkan penilaian atau pegesahan bebas sama ada Menteri Pertahanan Nagorno Karabakh itu benar-benar terbunuh atau mengalami kecederaan parah adalah sukar.

Nagorno Karabakh mungkin mahu menyembunyikan kematian Jalal kerana tidak mahu melemahkan moral anggota tenteranya.

Manakala bagi Azerbaijan pula, ia seboleh-bolehnya mahu mengatakan Jalal itu terbunuh kerana ia akan menaikkan semangat anggota tenteranya.

Berikutan kejadian dan dakwaan kecederaan parah yang dialami oleh Jalal, kedudukannya sebagai Menteri Pertahanan telah diganti oleh Mej Jen Mikael Arzumanyan.

Ia telah diumumkan oleh Presiden Nagorno Karabakh itu sendiri, Arayik Harutyunyan.

Arayik
Presiden Republik Artsakh Arayik Hartuyunyan. (sumber internet)

“Keputusan untuk melepaskan Jalal daripada jawatannya sebelum ini adalah sesuatu yang perlu berikutan kecederaan yang dialaminya di medan perang,” kata presiden wilayah bergolak itu.

Beliau enggan mengulas mengenai keadaan Jalal, tetapi mengucapkan agar beliau cepat sembuh dan kembali ke medan peperangan secepat mungkin.

Walaupun Nagorno Karabakah itu terletak di dalam Azerbaijan tetapi majority penduduknya adalah berbangsa Armenia.

Nagorno Karabakh mengisytiharkan kemerdekaan pada 1990-an dan memanggilnya Republik Artsakh dengan struktur pentadbirannya sendiri.

Bayraktar TB2
UAV Bayraktar TB2 buatan syarikat Baykar Makina daripada Turki telah menunjukkan kemampuannya di Nagorno Karabakh.

Disebabkan pengisytiharan kemerdekaan itu, peperangan telah meletus di antara Azerbaijan dan Armenia.

Sejak 1990-an itu, sudah beberapa kali Armenia dan Azerbaijan berperang, tetapi kali ini adalah yang paling teruk.

Azerbaijan nampaknya lebih berjaya dalam peperangan kali ini dan tenteranya yang dibantu dengan peralatan canggih Turki serta Israel berjaya membuat tentera Armenia berundur terutamanya di bahagian selatan Nagorno Karabakh.

Kematian Jalal (sekiranya benar) hanya membuktikan kelebihan yang dimiliki oleh Azerbaijan dalam perang kali ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.