Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Perang Nagorno-Karabakh Tamat, Azerbaijan Menang

0 462

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas lebih daripada sebulan berperang, akhirnya tentera Azerbaijan yang dibantu oleh kepakaran ketenteraan Turki berjaya mencapai kemenangan mutlak di Nagorno-Karabakh.

Genjatan senjata yang ditandatangani oleh Azerbaijan dan Armenia hasil usaha Russia menyaksikan tentera Armenia berundur daripada Nagorno-Karabakh dan Azerbaijan kekal di wilayah yang dimenanginya dalam perang selama enam minggu.

Selain berundur daripada Nagorno-Karabakh, Armenia juga akan menyerahkan kekuasaan Lachin Corridor, Wilayah Aghdam dan Kalbajar, bagi membolehkan pelarian Azerbaijan kembali semula ke kawasan yang pernah diduduki mereka pada 1990-an.

 

Nagorno
Penduduk di Baku meraikan kemenangan di Nagorno Karabakh. (sumber Twitter)

Gencatan senjata itu juga akan menyaksikan kerahan tentera Russia sebagai pengaman di Nagorno Karabakh selama lima tahun.

Tentera Russia telah mula bertugas di Nagorno Karabakh hari ini bagi memastikan gencatan itu kekal.

Gencatan senjata yang mengesahkan kemenangan Azerbaijan dalam perang di Nagorno Karabakh itu ditandatangani selepas dua hari tentera negara itu mara dan menguasai Shusha, iaitu bandar kedua terbesar di wilayah bergolak itu.

 

Penduduk Baku, Azerbaijan meraikan kemenangan tentera mereka di Nagorno Karabakh. (sumber Twitter)

Shusha adalah bandar penting kerana ia adalah simbol kepada sejarah dan kebudayaan bagi masyarakat Azerbaijan.

Ia juga strategik kerana hanya terletak kira 15 batu daripada Stepanakert, ibu negara Nagorno-Karabakh.

Pemimpin Armenia berkata, jika tiada gencatan senjata, sudah pasti tentera Azerbaijan akan menguasai Stepanakert, memberikan satu lagi kekalahan kepada tentera Armenia.

Bandar Stepanakert atau Khankendi kini seperti bandar berhantu kerana penduduknya yang terdiri daripada etnik Armenia telah melarikan diri kerana menjangkakan bandar mereka akan tumbang di tangan tentera Azerbaijan.

Kekecohan di dalam Parlimen Armenia. (sumber Twitter)

Gencatan senjata yang mengesahkan kekalahan Armenia itu telah disambut dengan kemarahan oleh penduduknya yang mengadakan tunjuk-perasaan  di ibu negara, Yerevan bagi membantah penandatangan gencatan senjata itu.

Mereke menyerbu Parlimen Armenia dan mengeledah pejabat Perdana Menteri Nikol Pashinyan.

Terdapat juga laporan, Speaker Parlimen Armenia telah dipukul oleh penunjuk perasaan yang berang dengan gencatan senjata itu.

Sementara itu, suasana di Baku, ibu negara Azerbaijan adalah berlainan dengan percikan bunga api bekerlipan menerangi ruang udara bandaraya itu bagi menyambut kemenangan negara itu dalam merampas kembali Nagorno Karabakh dari Armenia.

Kemenangan Azerbaijan banyak bergantung kepada bantuan yang diterimanya daripada Turki yang telah membekalkan dron-dron seperti Bayraktar TB2 yang terbukti berkesan dalam memusnahkan apa sahaja aset tentera Armenia.

Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev turut menghubungi rakan sejawatnnya daripada Turki Recep Tayyep Erdogan.

Armenia
Keadaan di dalam Parlimen Armenia.

Apa sahaja aset tentera Armenia daripada kereta perisai, kereta kebal, meriam dan sistem pertahanan udara dimusnahkan dengan mudah oleh Bayraktar TB2.

Azerbaijan menggunaakan kekuatan ekonominya hasil pendapatan daripada sumber minyak dan gas Laut Kaspia untuk memperkukuhkan angkatan tenteranya menerusi pembelian senjata-senjata moden daripada Turki dan Israel.

Hasilnya adalah ia berjaya menguasai kembali Nagorno Karabakh yang “hilang” akibat kekalahan di tangan Armenia pada awal 1990-an.

Russia
Tentera pengaman Russia berangkat ke Nagorno Karabakh.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...