Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Laksana “Eksesais Ababil” Libat Ruang Udara Borneo Dan Perairan Sekitarnya

Eksesais Ababil ini akan bertempat di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud, melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya. (kemungkinan Laut China Selatan meliputi ruang udara di Beting Patinggi Ali, yang pemilikannya dipertikaikan oleh China.)

0 5,701

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat-pesawat pejuang dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan  latihan dinamakan “Eksesais Ababil” bermula Selasa ini hingga 17 September bagi menguji keupayaan peralatan persenjataan dan kesiagaan aset-asetnya.

Eksesais Ababil ini akan bertempat di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud, melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya. (kemungkinan Laut China Selatan meliputi ruang udara di Beting Patinggi Ali, yang pemilikannya dipertikaikan oleh China.)

Pemilihan nama “Ababil” untuk latihan ini oleh TUDM ini juga amat menarik.

“Eksesais yang diadakan selama dua minggu ini bertujuan untuk menilai kecekapan juruterbang-juruterbang TUDM, anggota-anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TUDM hari ini.

Memandangkan eksesais selama dua minggu itu akan turut melibatkan ruang udara Borneo dan perairan sekitarnya terutamanya termasuk kemungkinan Beting Patinggi Ali, maka eksesais ini amat baik supaya ia menjadi “ia menjadi satu amaran” atau “show of force TUDM” kepada mana-mana pihak tentang kemampuannya sekiranya kedaulatan perairan dan ruang udara negara di Laut China Selatan itu dicabar atau dipertikai.

DSA
Sebuah pesawat Su-30MKM ketika terbang rendah di Stesen Lima, Pulau Layang-Layang (gambar sumbangan pembaca DSA)

 

Kenyataan TUDM itu menambah bahawa Eksesais Ababil itu bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan di dalam pelaksanaan tugas operasi bersama.

“Sepanjang eksesais berlangsung, pesawat-pesawat TUDM akan melaksanakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan tertentu yang digazetkan kawasan latihan.”

“TUDM ingin memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh eksesais.”

Pengumuman TUDM tentang eksesais pada hari ini menyusul kenyataan semalam bahawa TUDM melaksanakan Latihan dan Demonstrasi Keupayaan Operasi Khas bermula daripada semalam hingga 8 September 2021.

Kawasan latihan dan demonstrasi ini akan dilaksanakan di kawasan Pantai Hiburan dan sekitar Bandar Kuala Rompin, Pahang.

TUDM
Salah sebuah pesawat China yang dipintas oleh TUDM di Zon Maritim Malaysia beberapa bulan lepas. (kredit TUDM)

 

Sepanjang latihan dijalankan, pesawat-pesawat pejuang dan helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah dan membuat penerbangan taktikal bagi latihan demonstrasi keupayaan khas tersebut.

Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dan jika terdengar bunyi letupan atau tembakan senjata api di sepanjang tempoh latihan.

Latihan ini diadakan oleh TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap yang terbaik khususnya di dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.

TUDM
Rajah pencerobohan pesawat tentera China pada 31 Mei lepas. (kredit TUDM)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...