Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(Video) Kapal Russia Lancar Peluru Berpandu Hypersonic “Tsirkon”

0 556

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal friget Tentera Laut Russia, Admiral Gorshkov hari ini melancarkan peluru berpandu Hypersonic “Tsirkon” atau “Zircon” di White Sea,  yang terletak di selatan Laut Barents.

Dan buat pertama kali ia menunjukkan rakaman video pelancaran peluru berpandu terbabit.

Hasil demonstrasi pelancaran peluru berpandu Hypersonic itu telah dimaklumkan secara terus kepada Presiden Russia Vladimir Putin oleh Ketua Staf Angkatan Tentera Russia Valery Gerasimov.

Rakaman pelancaran peluru berpandu Hypersonic “Tsirkon” daripada kapal tentera laut Russia, Admiral Gorshkov di White Sea. (kredit Kementerian Pertahanan Russia)

Peluru berpandu Hypersonic yang boleh mencapai kelajuan 8 Mach (atau lapan kali ganda kelajuan bunyi) itu terbang sejauh 450km dan mengenai sasarannya, menurut Kementerian Pertahanan Russia dalam kenyataan.

Menurut Gerasimov, peluru berpandu Hypersonic itu mengenai sasaran sejauh 450km  di dalam tempoh kira-kira empat minit ini.

Hanya empat minit diambil untuk membedil sasaran sejauh 450km.

Kapal Russia
Kapal Tentera Laut Russia “Admiral Gorshkov”.
Vladimir Putin
Presiden Russia Vladimir Putin sedang menerima penerangan tentang pelancaran peluru berpandu “Tsirkon” daripada Ketua Staf Angkatan Tentera Russia Valery Gerasimov. (sumber Twitter)

Bagaimanapun  Tsirkon dipercayai memiliki kemampuan untuk membedil sasaran sejauh 1,000km, disebabkan ia menggunakan bahan pelancar baru dikenali nama “Detsilin-M”.

Peluru berpandu “Tsirkon” itu terbang setinggi 28km melintasi Semenanjung Kola sebelum menghentam sasarannya yang terletak sejauh 450km.

Peluru berpandu itu dengan codename 3M22 atau SS-N-33 merupakan aset lancaran scramjet yang akan melengkapi kapal-kapal perang dan kapal selam Tentera Laut Russia.

Tsirkon
Peluru berpandu hypersonic “Tsirkon” atau “Zircon”

Kali pertama kapal tentera laut Admiral Gorshkov melancarkan peluru berpandu Hypersonic ini adalah pada awal tahun ini.

Tentera Russia dijangka mula menggunakan peluru berpandu Hypersonic Tsirkon itu pada 2022.

Menurut Gerasimov, tentera Russia akan terus menjalankan latihan dan ujian terhadap peluru berpandu “Tsirkon” ini sebelum melengkapkannya pada kapal-kapal perang dan kapal selamnya.

Russia juga sedang membuat persiapan untuk melancarkan peluru berpandu Tsirkon daripada kapal selam berkuasa nuklearnya, Severodvinsk yang berkemampuan membawa sebanyak 40 peluru berpandu “Kalibr.”

Era peluru berpandu anti kapal tidak akan lagi sama selepas kemasukkan peluru berpandu Hypersonic Tsirkon.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...