Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dakwaan “Kehadiran” Kapal Pengawal Pantai China Di Perairan EEZ Negara Di Sarawak Pula

Seperti yang dapat dilihat semua, data yang kelihatan dalam gambar itu menunjukkan gambar itu diambil pada hari ini, 4 Jun 2021 pada pukul 07.59 pagi.

0 5,429

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang pembaca DSA telah mengirimkan sekeping gambar kepada admin yang mendakwa sebuah kapal pengawal pantai China berada di dalam perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di perairan Sarawak.

Seperti yang dapat dilihat semua, data yang kelihatan dalam gambar itu menunjukkan gambar itu diambil pada hari ini, 4 Jun 2021 pada pukul 07.59 pagi.

Gambar menunjukkan apa yang didakwa beliau sebagai sebuah kapal pengawal pantai China berada dekat dengan sebuah kapal milik kontraktor tempatan yang dipercayai terlibat dengan kerja-kerja sokongan mencari gali minyak dan gas di perairan Sarawak itu.

Pembaca terbabit enggan mendedahkan identiti kapal tempatan  yang berada dekat dengan kapal pengawal pantai China itu.

Beliau yang juga enggan mendedahkan identitinya, bagaimanapun mendakwa bahawa insiden kehadiran kapal pengawal pantai China pada hari ini telah berlaku di kawasan pembangunan gas asli  Kasawari yang terletak di dalam Blok SK316 di Central Luconia Province, Malaysia.

Kasawari

Kawasan pembangunan gas asli Kasawari itu dikatakan terletak kira-kira 200km daripada pantai Bintulu, Sarawak.

Ia terletak di dalam kawasan perairan ZEE milik negara.

Dakwaan pembaca DSA tentang kehadiran kapal pengawal pantai China itu dijangka akan menghangatkan lagi hubungan Malaysia-China, hanya beberapa hari selepas insiden pencerobohan 16 buah pesawat pengangkut China di Zon Maritim Malaysia (ZMM) beberapa hari lepas.

Kehadiran kapal-kapal pengawal pantai China di perairan Sarawak terutamanya di sekitar kawasan kaya minyak dan gas negara di Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) adalah “well-documented” sejak beberapa tahun lepas tanpa sebarang penyelesaian.

Wisma Putra juga sudah beberapa kali menghantar nota diplomatik bagi membantah pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China itu di perairan Sarawak.

Kasawari

Sementara itu menurut laman web “offshore-technology.com” mengatakan,  projek pembangunan gas asli Kasawari itu dibangunkan oleh Petronas dengan gas asli pertama daripada lapangan gas itu dijangka pada 2020.

Lapangan itu dianggarkan memiliki simpanan gas asli sebanyak 3.2 trillion cubic feet (tcf) dan dipercayai akan menghasilkan gas asli sebanyak 660 juta standard cubic feet setiap hari dan 3.5 juta tong condensate setiap hari.

Lapangan minyak Kasawari terletak pada kedalaman 108 meter di Blok SK316.

Di dalam Blok 316 juga mempunyai lapangan NC3 dan NC8.

Lapangan gas asli Kasawari ditemui oleh Petronas pada November 2011.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...