Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Penyelidik Turki Jadi Mangsa “Provokasi” 4 Pesawat F-16 Tentera Greek

0 468

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Empat buah pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Greek melakukan tindakan provokasi terhadap sebuah kapal penyelidikan Turki yang sedang menjalankan kerja-kerja hidrografi dan survey di laut utara Aegean.

Kapal penyelidikan Turki itu dikenali dengan nama “TCG Cesme”.

TCG Cesme
Kapal penyelidik “TCG Cesme” yang menjadi mangsa provokasi oleh empat buah pesawat pejuang F-16 Tentera Udara Greek.

Menurut sumber di dalam Kementerian Pertahanan Turki yang dipetik oleh portal berita Daily Sabah berkata, ketika insiden itu berlaku kapal penyelidikan Turki itu sedang berada di dalam perairan antarabangsa.

Kapal penyelidikan Turki itu, TCG Cesme itu menjadi sasaran pesawat-pesawat pejuang tentera Greek ketika ia berada di perairan Pulau Lemnos yang terletak di utara perairan Laut Aegean. Kapal Turki itu dijangka akan terus berada di perairan itu untuk menjalankan kerja-kerjanya sehingga 2 Mac depan.

Aegean Sea
Laut Aegean yang memisahkan Turki dan Greek.

Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar berkata, insiden itu merupakan satu lagi provokasi yang kerap kali dilakukan oleh Greek sejak dahulu lagi dan kali ini Turki telah memberikan respons.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bentuk respons daripada pihak Turki.

Minggu lepas, Greek menyatakan bantahannya terhadap kehadiran kapal TCG Cesme di kawasan perairan itu, berkata ia adalah sesuatu yang tidak perlu.

Negara musuh tradisi Turki itu menyatakan walaupun kapal penyelidikan Turki itu berada di perairan antarabangsa tetapi lokasi dimana kapal TCG Cesme itu berada terletak di bawah tanggungjawab maritim Greek.

Kenyataan Greek bahawa Turki dengan sengaja meningkatkan ketegangan di kawasan itu adalah tidak benar.

Ankara juga mengatakan kapal TCG Cesme tidak melakukan kerja-kerja pemetaan atau penyelidikan dasar laut.

Ia juga menyatakan Greek dengan sengaja cuba mengelirukan negara luar terutamanya NATO menerusi kenyataan-kenyataannya tidak bersandarkan kepada fakta.

Turki dan Greek bertikai tentang pemilikian kawasan perairan di timur Laut Mediterranean dan Laut Aegean yang diketahui amat kaya dengan minyak dan gas.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...